top of page

WELCOME TO ARES ENERGY


 ELECTRICAL ENGINEERING SERVICES AND RELATED

BUSINESS NATIONALLY

Arrow Down

SERVICES

IMG_20210901_143908.jpg

Pengurus Tenaga Elektrik (REEM)

  • Menyediakan lantikan Pengurus Tenaga Elektrik Berdaftar (REEM) yang diperlukan oleh pemilik / pengurusan pepasangan elektrik yang telah diarahkan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk membuat lantikan seperti yang termaktub dalam Peraturan 6, Peraturan Pengurusan Tenaga Elektrik dengan Cekap (EMEER) 2008.

  • Menjalankan audit pengurusan tenaga di pepasangan elektrik

 

  • Mencadangkan inisiatif-inisiatif berkaitan pengurusan tenaga elektrik dengan cekap di pepasangan elektrik

 

  • Mengesyorkan pilihan-pilihan pembiayaan yang ada disediakan oleh pihak berwajib dan institusi kewangan yang dilantik untuk digunakan bagi tujuan perlaksanaan audit pengurusan tenaga dan pemasangan alat penjimatan tenaga elektrik

 

  • Menjalankan aktiviti kesedaran penjimatan tenaga elektrik di institusi-institusi pendidikan, industri dan komersil

 

  • Menjalankan kursus persediaan untuk menjadi seorang Pengurus Tenaga Elektrik Berdaftar (REEM) yang ditauliahkan oleh Suruhanjaya Tenaga
     

  • Membantu pemilik / pengurusan pepasangan elektrik untuk mengisi dan menghantar Borang A + laporan pengurusan tenaga elektrik dengan cekap bagi kekerapan 6 bulan sekali
     

  • "Borang A (Laporan Pengurusan Tenaga Elektrik dengan Cekap) - Peraturan 6 (1) (d) EMEER 2008" dan mengesahkan "Borang B (Perisytiharan oleh Pengurus Tenaga Elektrik Berdaftar) - Peraturan 6 (2) EMEER 2008"
     

  • untuk pemilik / pengurusan pepasangan elektrik majukan dokumen-dokumen laporan 6 bulan sekali kepada Suruhanjaya Tenaga sebagai pematuhan kepada "Peraturan 7 (b) EMEER 2008 - Maklumat dan laporan yang dikehendaki di bawah perenggan 6 (1) (c), (d) dan (e) dan perisytiharan di bawah subperaturan 6 (2) tidak lewat daripada 30 hari selepas habis tempoh 6 bulan berturut-turut dari tamat tempoh yang dinyatakan dalam perenggan 7 (1) (a)"

IMG_20220112_125055.jpg

Pemeriksaan Berkala Bilik Elektrik (Visiting Engineer)

  • Di antara skop tugasan ssorang Jurutera Kompeten yg melawat pepasangan ialah memeriksa keberfungsian pepasangan

  • Seterusnya, jika ditemui sebarang kerosakan pada pepasangan maka menjadi tanggungjawab jurutera kompeten untuk melaporkan dalam 'borang I' tentang kerosakan tersebut selaras dengan Peraturan 70 'Peraturan-Peraturan Elektrik 1994'

  • Peraturan 70 'Peraturan-Peraturan Elektrik 1994' menyatakan bahawa

  • "Mana-mana Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompeten atau Penyelia Elektrik yang memeriksa sesuatu pepasangan yang disebut di bawah subperaturan 67(2), dan mengetahui akan apa-apa kecacatan dalam pepasangan itu atau mana-mana kelengkapan dalamnya yang kemungkinan menyebabkan bahaya hendaklah dengan serta-merta memberitahu pemunya, pengurusan atau pemegang lesen pepasangan itu supaya membaiki atau menghapuskan kecacatan itu, dan membuat laporan segera kepada Suruhanjaya"

IMG_0521.JPG

Menentu Ukur Geganti Perlindungan (Relay Calibration)

  • Semua geganti perlindungan perlulah ditentu-ukur sekali dalam setiap 2 tahun.
     

  • Keperluan ini adalah sejajar dengan Peraturan 110(4) Peraturan-Peraturan Elektrik (PPE) 1994.
     

  • Peraturan 110(4) ini menetapkan bahawa semua geganti dan peranti perlindungan mestilah ditentu-ukur oleh orang kompeten yang berdaftar.
     

  • Orang kompeten yang dimaksudkan ialah orang kompeten kategori Jurutera Perkhidmatan.
     

  • Menerusi aktiviti penentu-ukuran geganti perlindungan, prestasi sesuatu geganti perlindungan dapat diukur.
     

  • Ukuran pada prestasi geganti perlindungan dibuat dengan cara menguji masa pelantikan, Relay Operating Time (ROT) yang berlaku.
     

  • Jika ROT sejajar dengan masa seperti pada graf Inverse Difinite Minimum Time (IDMT), maka ROT diterima, dan jika sebaliknya maka tindakan susulan perlu diambil.
     

  • Untuk geganti perlindungan yang biasa i.e. jenis OC/EF/OCEF, kebiasaannya, Jurutera Perkhidmatan akan kenal pasti 4 parameter penting bagi sesebuah geganti perlindungan, i.e. jenis geganti perlindungan, nisbah alatubah arus, % arus dibenarkan dan TMS.
     

  • Selepas itu, Jurutera Perkhidmatan akan dapatkan masa operasi arus (I-operate) bagi OC dan/atau EF.
     

  • Setelah itu, Jurutera Perkhidmatan akan memulakan pengujian dengan menaikkan paras arus kepada 130%, 200% dan 300% daripada nilai I-operate.
     

  • Bacaan ROT akan direkodkan ke dalam borang H(JPE) yang ST tetapkan.
     

  • Daripada sini, % error dapat diperolehi dengan membandingkan ROT yang telah direkodkan berbanding dengan ROT yang dikira (graf IDMT).
     

  • Nilai % error ini akan menetukan sama ada geganti perlindungan beroperasi secara normal mengikut graf IDMT atau sebaliknya.
     

  • Sekiranya % error terlampau tinggi i.e. melebihi 10% maka tindakan susulan perlu diambil iaitu menguji semula fungsi geganti perlindungan ini dengan menggunakan alat pengujian yang lain, dan jika keputusan yang diperolehi masih tetap sama maka tindakan penggantian geganti perlindungan perlu dibuat segera.
     

  • Berikut merupakan contoh analisa yang boleh dibuat oleh Jurutera Perkhidmatan ke atas ROT yang telah diperolehi menerusi penentu-ukuran yang telah dijalankan.

SERVICES
IMG_1658.JPG

ABOUT

ARES Energy Sdn Bhd telah dilantik oleh Suruhanjaya Tenaga sebagai syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengurusan tenaga atau dikenali sebagai ESCO

ARES Energy Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan kejuruteraan, perunding kejuruteraan & penyedia latihan kejuruteraan.

ARES Energy Sdn Bhd juga merupakan Kontraktor Elektrik (KE) dan Kontraktor Perkhidmatan Elektrik (KPE) yang berdaftar dan ditauliahkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

 

Kami menyediakan perkhidmatan pemeriksaan bilik elektrik sehingga 132kV,  Protection Relay Calibration, Pendaftaran pepasangan, senggaraan switchgear- transformer - LV ACB, perunding kejuruteraan & penyedia latihan kejuruteraan.

Perkhidmatan Kejuruteraan ditawarkan ARES Energy Sdn Bhd:-

1. Protection relay calibration

2. Maintenance electrical

3. Wiring (Pendawaian)

4. Pendaftaran Pepasangan Suruhanjaya Tenaga

5. Pendaftaran bekalan elektrik TNB

6. Protection relay coordination study

ABOUT

2017

Year Established

890

Projects Completed

870

Contractors Appointed

3

Awards Won

PROJECTS

PROJECTS

CLIENTS

CLIENTS

CONTACT

CONTACT

Inquiries

For any inquiries, questions or commendations, please call: 019-458 1334 / 019-451 1649 or fill out the following form

Head Office

A-26-08, MAXIM ALAM DAMAI CHERAS, 43, JALAN 9, TAMAN LEN SEN, 56000 CHERAS, KUALA LUMPUR.

aresenergysb@gmail.com

Tel: 019-458 1334 / 019-451 1649

Contact Us

Thanks for submitting!

Employment

Hubungi kami untuk perkhidmatan pemasangan, tentu-ukur, troubleshoot, penatahan dan geganti perlindungan"

https://wasap.my/60194581334 (Pn. Naizatul)

aresenergysb@gmail.com

Get a quote: 0194511649 / 0194581334

  • TikTok
  • Twitter
  • Instagram
  • Facebook
  • YouTube
bottom of page